Gambaran keseluruhan Mahajanapada

Struktur politik orang India kuno nampaknya bermula dengan unit-unit puak nomad separa yang dikenali sebagai "Jana" (bermakna "rakyat"). Teks-teks Veda yang awal merujuk kepada sebilangan Jana atau puak Indo-Arya yang menghuni di sebuah negeri puak nomad separa dan yang bertempur antara satu sama lain, serta juga dengan puak-puak bukan Arya yang lain untuk merampas lembu, biri-biri, dan rumput pastura. Jana-jana Veda yang awal itu kemudian bersatu menjadi Janapada Zaman Epik.

Istilah "Janapada" secara harfiah membawa pengertian "tempat bertapak sesuatu puak". Fakta bahawa perkataan "Janappada" berasal daripada perkataan "Jana" menunjukkan bahawa peringkat awal pengambilan tanah oleh puak Jana bertujuan semata-mata untuk membolehkan kehidupan yang tetap. Proses penetapan pertama di daratan telah tamat peringkatnya yang terakhir sebelum zaman Gautama Buddha and Pāṇini. Wilayah barat laut Pra-Buddhisme di subbenua India terbahagi kepada sebilangan Janapada yang dibatasi antara satu sama lain oleh sempadan yang tetap. Dalam bahasa Pāṇini, "Janapada" merujuk kepada negara, manakala "Janapadin" merujuk kepada rakyatnya. Setiap Janapada itu dinamai sempena nama puak Kshatriya (atau Jana Kshatriya) yang telah menetap di situ.[4][5] Secara kebetulan, teks agama Buddha serta teks yang lain hanya merujuk kepada enam belas buah negeri yang agung (Solasa Mahajanapada) yang wujud sebelum zaman Buddha. Teks-teks itu tidak memberikan sebarang sejarah yang berhubungan, kecuali dalam kes Magadha. Kitab Anguttara Nikaya memberikan satu senarai yang terdiri daripada enam belas buah negeri agung di beberapa tempat dalam teks agama Buddha itu: [6]

Digha Nikaya, satu lagi teks agama Buddha, hanya menyebut dua belas buah Mahajanapada yang pertama, tanpa menyebut empat buah Mahajanapada yang terakhir di dalam senarai yang tersebut di atas.[7] Sebaliknya, Chulla-Niddesa, sebuah teks kuno dalam daftar karya agama Buddha, juga memasukkan Kalinga ke dalam senarai di atas dan menggantikan Yona dengan Gandhara. Justeru itu, ia menyenaraikan Kamboja dan Yona sebagai Mahajanapada yang tunggal di Uttarapatha.[8][9]

Sutra Bhagavati, kitab Jainisme, memberikan sebuah senarai yang terdiri daripada enam belas buah Mahajanapada yang berbeza sedikit dan terdiri daripada Anga, Banga (Vanga), Magadha, Malaya, Malavaka, Accha, Vaccha, Kochcha (Kachcha?), Padha, Ladha (Lata), Bajji (Vajji), Moli (Malla), Kasi, Kosala, Avaha, dan Sambhuttara. Jelasnya, pengarang Bhagvati hanya menumpukan negara-negara Madhydesa serta negara-negara di jauh timur dan selatan sahaja, tanpa memasukkan negara-negara di Uttarapatha, seperti Kamboja dan Gandhara. Kawasan Bhagvati yang lebih luas dan ketakmasukan semua negara di Uttarapatha "dengan jelasnya, menunjukkan bahawa senarai Bhagvati adalah lebih lewat asalnya dan justeru, tidak begitu boleh dipercayai".[10]

Pada asasnya, gagasan mereka yang mencipta senarai Janapada lebih menumpukan sudut pandangan puak daripada sudut pandangan geografi kerana senarai-senarai itu hanya menyebut nama orang dan bukan nama negara. Oleh sebab teks agama Buddha dan teks agama Jainisme hanya menyebut-nyebut Mahajanapada tanpa memberikan sebarang perincian tentang sejarahnya, namun hanya sedikit fakta tentang negara-negara kuno itu dapat diperolehi di sana sini daripada teks-teks tersebut serta teks-teks kuno yang lain.